Sunday, December 1, 2013

Mampukah Kita?

 assalamualaikum kepada semua pembaca laman ini. Ampun dan maaf dipinta sekiranya ada yang tersinggung dengan post sebelum ini ataupun yang akan datang. 

Post saya pada kali ini saya ingin mengeluarkan pendapat saya soal kegemilangan islam. Mampukah kita untuk mengubah kembali kegemilangan islam seperti dahulu kala.

Sebagai umat manusia di dunia yang sementara ini, memang benar ramai yang mahukan pangkat, darjat, harta dan juga kemahuan. Tetapi perlukah kita sebagai hamba yang sering melakukan dosa ini memburukkan antara satu sama lain sehinggakan orang-orang alim ulama direndahkan. Dakwah tidaklah seharusnya berada dalam kalangan kita sahaja sebaliknya dakwah haruslah kite sebarkan supaya syiar islam akan bersinar kembali seperti sedia kala. tapi bagaimana islam dapat ditegakkan sekiranya hati kita masih kotor dengan perasaan hasad dengki dan juga iri hati. Demi pangkat umat islam sendiri terlibat dalam fitnah sesama sendiri. Mengapa?

Syaitan akan menipu daya manusia supaya saling bertelagah antara satu sama lain. Jadi adakah kita yakin bahawa kita berada di pihak yang benar selagi islam belum bersatu? Mengapa kita saling menuding jari kepada orang lain dengan mengatakan segala yang berlaku adalah berpunca daripadanya. Allah memberikan kita akal supaya kita berfikir kepada kebaikan dan bukannya keburukan. Mengapa kita tidak pernah bersyukur dengan apa yang kita telah ada dan sering menginginkan sesuatu yang lebih. Fikirkah kita tentang masa depan anak-anak kite suatu hari nanti jika daripada kecil kita sudah mengajar mereka supaya memberontak. 

Mampukah kita untuk mengubah dunia sedangkan iman kita sendiri tidak terjaga? 

Apakah iman kita sudah cukup kuat? Tegas dan Marah adalah dua perkara yang berbeza. Umat islam pasti tahu bahawa marah itu adalah sifat syaitan. Jadi adakah kita boleh mengatakan kita adalah golongan yang baik-baik sedangkan ketika kita menyuarakan pendapat dalam keadaan marah. 

Sedangkan dalam al-Quran sendiri Allah telah berfirman di dalam surah al-humazah ayat 1 yang maksudnya:

(Maka celakalah bagi golongan pengumpat dan pencela.)

Saya berbicara bukan kerana saya marah. Saya juga berbicara bukan untuk kepentingan diri. Bacalah pendapat saya ini dalam keadaan tenang dan jangan dalam keadaan marah. Bukalah minda anda untuk memperbetulkan cara untuk menegakkan syiar islam. Saya sebagai seorang remaja sangat-sangat bencikan kekerasan dan kekejaman. Andai ada silap dan salah, tegurlah dengan cara yang berhemah kerana kita ini manusia yang sentiasa melakukan dosa. Adakah layak bagi kita meninggikan suara sedangkan kita sendiri bergelar hamba.

No comments:

Post a Comment