Assalamualaiakum.
Post hari ini mungkin jarang-jarang juga dikeluarkan oleh blogger yang lain. Tetapi perkara ini sebenarnya memang patut diubah dalam diri setiap orang.
Baru-baru ini seorang sahabat yang merupakan seorang daripada ahli perubatan islam ada mengadu pasal satu perkara ini. Apa yang dikatakan adalah bagaimana tanggapan orang lain apabila beliau pergi mengubat seorang pesakit ini tetapi dipandang sebagai seorang bomoh hanya kerana beliau memakai seluar track suit dan t-shirt berkolar. Adakah wajar bagi seseorang itu dipandang serong hanya dengan pakaiannya sahaja?
Dengan itu saya memberi satu permasalahan di sini. Jika kamu seorang ahli perubatan islam dan berada jauh daripada tempat tinggal kamu. Dan kamu sedang menjamu selera bersama rakan-rakan. Kemudian tanpa disangka-sangka seseorang yang berada berdekatan dengan kamu mengalami gangguan makhluk halus. Apakah kamu akan terus membantu pesakit tersebut ataupun kamu akan pulang ke rumah dahulu, menukar pakaian yang bersesuaian (berjubah, berserban dan bertasbih) dan kemudian baru kamu akan datang semula ke kedai tadi untuk membantu??
Jadi rasanya kamu sendiri boleh fikirkan yang mana satu jawapan yang terbaik. Jadi saya meminta sangat-sangat. Janganlah kamu menilai seseorang melalui pakaiannya sahaja. Jangan memandang tinggi akan sesuatu pakaian. Al-Quran tidak mengharamkan seseorang daripada mengubat orang lain keran tidak memakai jubah. Sedangkan solat 5 waktu yang wajib kita tunaikan sahaja kita tidak diwajibkan memakai jubah (tetapi ia adala sunnah Rasulullah dan bukannya dalam perubatan) asalkan kita menutup aurat. Jadi mengapakah kita menjatuhkan hukum lalu memfitnah seseorang itu sebagai menggunakan jin dalam perubatan atas alasan tidak memakai serban dan jubah. Allahuakbar.
Wahai anak adam, ketahuilah di akhir zaman ini adalah zaman di mana fitnah dan sihir berleluasa. Jadi sucikanlah diri kamu, jauhilah daripada melakukan perkara yang mungkar. Allah sahajalah yang berhak untuk menilai seseorang bukannya kamu.
Pengalaman pahit: abang kandung saya sendiri pernah dipukau dengan dua orang yang berpakaian lengkap berjubah dan berserban. Bukalah akal dan berfikirlah dengan nikmat berfikir yang Allah telah berikan sebaiknya.
Andai diri tersilap bicara,
Andai kata buat terasa,
Andai hati sudah membara,
Ambillah wuduk sujud pada yang Esa.
Ampunkan salah dan silap saya andai ada yang terasa dengan kata-kata saya.
No comments:
Post a Comment