Post saya pada kali ini adalah untuk membuka topik tentang Indahkah Persahabatan?
Dalam dunia ini ada jutaan jenis manusia dan juga tingkahlaku. Bagi pengalaman diri masing-masing, adakah persahabatan anda selama ini indah atau sebaliknya.
Ada yang kata zaman sekarang ini dengan mempunyai wang yang banyak, kita mudah untuk mendapat kawan. Persoalan yang saya ingin ajukan disini, adakah itu sahabat ataupun hamba duit? Ini kerana seorang sahabat yang baik sentiasa bersama dalam suka dan duka bukan hanya ada bersama kita ketika senang sahaja dan meninggalkan kita bila kita susah.
Ramai yang menilai sifat persahabatan seseorang itu dengan melihat dari segi luarannya sahaja. Biasanya remaja yang tidak bekerja dan hanya duduk dirumah akan dikatakan sebagai seorang penyangak dan banyak lagi kata-kata nista terhadap mereka. Tolong hentikan sifat sedemikian kerana sebenarnya mereka lebih setia kawan daripada anda yang menghina mereka seperti itu. Mungkin anda senang dan mereka susah, tetapi anda tidak tahu rezeki yang anda rasakan Riak dan Angkuh itu kekal sampai bila dan mereka yang anda hina itu rezekinya bagaimana akan datang.
Sedarlah diri kita ini hanyalah bayang-bayang sahaja. Dalam sekelip mata sahaja bayang-bayang boleh hilang dalam kegelapan. Kenalah ingat kerana seekor semut kecil yang berbisa, satu badan boleh menjadi lebam. Takut kerana sikap buruk kita yang kecil menjadi racun untuk orang lain.
Seorang sahabat yang sejati sentiasa bersama dengan kawannya, tetapi kawan yang tidak baik sentiasa memberi alasan. Wallahualam.