seluruh alam dirasakan sama,
siang dan malam gelap gelita,
umpama dunia tiada cahaya.
kekayaan dikejar bagaikan gila,
sedangkan keluarga tinggal derita,
tanpa kasih seorang bapa,
dan tanpa kasih seorang bonda.
kekayaan dijulang martabat dijunjung,
bagaikan nyawa tidak berpenghujung,
sedangkan anak yang lama dikandung,
hidup kesunyian hati tersinggung.
iman dan amal telah dilupakan,
hinggakan terlupa menyembah tuhan,
terlalu ikutkan nafsu syaitan,
hingga dipanggil mata duitan.
zuriat membesar hingga dewasa,
fikirkan tiada gunanya masa,
terlalu mengikut trend semasa,
hingga terlupa pahala dan dosa.
nukilan dibuat bukan mengata,
sekadar pengajaran rakyat jelata,
tuntutlah ilmu mencari pencipta,
kerana itulah akibat butanya mata.
No comments:
Post a Comment