Di mana engkau dibawa pergi disaat kami semua risaukan engkau. Engkau pergi tanpa meninggalkan apa-apa pesan. Engkau pergi tanpa meninggalkan apa-apa tanda. Di mana akan dapat kami temui engkau. Engkau tinggalkan ibumu,engkau tinggalkan ayahmu, engkau tingkalkan abangmu, engkau tinggalkan kakakmu, engkau tinggalkan adik-adikmu, dan engkau tinggalkan kawan-kawanmu. Sudah lama engkau menghilangkan diri. Kembalilah kepada kami sesungguhnya kami merinduimu.
Tahu tak engkau dengan pemergianmu orang ramai sebok mengata? Mereka menuduh itu menuduh ini seolah-olah mereka tahu kemana engkau pergi dan mengapa engkau menghilangkan diri. Mereka memfitnah orang itu dan orang ini. Adakah engkau sengaja menghilangkan diri untuk dijadikan ujian kepada kami?
Tapi janganlah engkau risau, dalam ramai yang memolitikkan pemergianmu, kami di sini setia menunggu. Kami sedia membantu dan kami sedia mendengar segala tangisanmu. Kami tahu engkau tidak bersalah kerana tiada daya untuk engkau melakukan sesuatu. Tapi dengan kuasaNya tiada apa yang mustahil. Pulanglah engkau wahai MH370.. bawalah kesemua anak kapalmu dan kesemua penumpang didalam mu sama hidup ataupun telah tiada.