Saturday, November 30, 2013

Butanya Mata

apabila mata menjadi buta,
seluruh alam dirasakan sama,
siang dan malam gelap gelita,
umpama dunia tiada cahaya.

kekayaan dikejar bagaikan gila,
sedangkan keluarga tinggal derita,
tanpa kasih seorang bapa,
dan tanpa kasih seorang bonda.

kekayaan dijulang martabat dijunjung,
bagaikan nyawa tidak berpenghujung,
sedangkan anak yang lama dikandung,
hidup kesunyian hati tersinggung.

iman dan amal telah dilupakan,
hinggakan terlupa menyembah tuhan,
terlalu ikutkan nafsu syaitan,
hingga dipanggil mata duitan.

zuriat membesar hingga dewasa,
fikirkan tiada gunanya masa,
terlalu mengikut trend semasa,
hingga terlupa pahala dan dosa.

nukilan dibuat bukan mengata,
sekadar pengajaran rakyat jelata,
tuntutlah ilmu mencari pencipta,
kerana itulah akibat butanya mata.

Friday, November 29, 2013

Salam Perkenalan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Blog ini sebenarnya sudah lama ditubuhkan akan tetapi atas sebab-sebab yang tertentu ia sudah lama menyepi. Terima kasih kerana sudi membaca apa sahaja maklumat yang akan dikongsikan dalam blog ini semoga dengan ilmu yang sedikit kita dapat kongsikan bersama supaya dengan izin Allah kita dapat sama-sama menyampaikan ilmu tersebut kepada orang lain. sesungguhnya kita kena ingat bahawa amalan baik yang disampai dan diamalkan secara berterusan adalah salah satu pembantu kita di alam yang satu lagi. wallahualam. terima kasih.